Penyanyi dan pendakwah bebas, Da’i Syed berkata dia sedang mendapatkan rawatan dengan beberapa Ustaz di Shah Alam dan Kajang.
Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berkata, sikap malas di tempat kerja dan tekanan perasaan adalah antara punca masalah sihirnya.
Menurut Syed, seorang wanita menghantar gangguan sihir kepadanya.
Bukan itu sahaja, penyanyi Ya Habib itu turut memberitahu dia sukar tidur dan takut berjumpa orang.
Pada awalnya, Syed mengakui berhati-hati untuk tidak pandang kamera ketika membuat video di Instagram Live (IG LIVE), kerana diberitahu berkemungkinan boleh disihir ketika melakukan IG Live.
Sumber: BeautifulNara
0 Comments