Artikel Terkini

Social Media Kami

Portal Sensasi & Hiburan Anda

Jumlah Pelawat

000452
Users Today : 1
Users This Month : 56
Users This Year : 374
Total Users : 452
Server Time : 2022-09-28

Hentikan trend makan makanan pedas melampau

SHAH ALAM – Rakyat Malaysia perlu menghentikan trend menu makanan pedas melampau dan cabaran makan makanan tersebut kerana ia boleh menjejaskan kesihatan.

Doktor Perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkata, makanan pedas menyumbang kepada faktor yang menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD) sehingga pedih hulu hati dan sendawa berasid.

Tambahnya, ia akan menyebabkan kondisi seseorang yang mempunyai keradangan perut (gastiris), ulser perut dan buasir lebih parah.

“Kebiasaannya, apabila sudah terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar sahaja. Ini sesuatu yang tak bagus untuk penghadaman makan yang bermula dari mulut. Di mulut makanan perlu dihancurkan secara fizikal, iaitu dikunyah.

“Selain itu, di mulut pencernaan kimia juga berlaku. Enzim amilase dari air liur diratakan pada makanan semasa dikunyah. Fungsi enzim ini adalah untuk menguraikan kanji kepada unit karbohidrat yang lebih kecil atau gula ringkas.

“Apabila tidak dikunyah sempurna, pasti penghadaman dan pencernaan terjejas. Jadi kita tidak mendapatkan sepenuhnya zat dari makanan yang kita makan. Rugi kan?” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.

Dalam pada itu, Dr Kamarul berkata, masyarakat perlu bertanggungjawab untuk menghentikan trend tersebut.

“Ini kerana ada cabaran-cabaran internet yang mengajak kepada hal itu. Kononnya jika seseorang yang sahut cabaran tahan pedas lampau ni, dia akan dianggap hebat dan dipandang ‘cool’.

“Siapakah yang menanam anggapan ini? Kitalah! Kita yang menyemai persepsi itu melalui media sosial, dibantu oleh industri makanan dan minuman, sama ada perusahaan kecil mahupun syarikat gergasi. Berlawanan-lawan nak keluarkan menu yang paling pedas!

“Sampai ada pelanggan yang sakit perut berguling-guling, cirit-birit berterusan dan buasir berdarah. Jadi, kita jugalah yang bertanggungjawab untuk hentikan benda ni. Tidak usahlah buat cabaran-cabaran itu semua lagi,” jelasnya.

Artikel Dari : Sinar Harian


0 Comments

Apa komen anda ?

Artikel Terbaru

Jom Layan BoomCast Video

Kekal Kemas Kini Dengan Berita & Kemas Kini Terkini

BoomCast

Jom tonton BoomCast pengalaman-pengalaman artis / instafamous kegemaran anda

Dapatkan Artikel Terbaru

Anda akan mendapatkan notifikasi di pautan email anda jika terdapat artikel terbaru yang dimasukkan kedalam MyBoom

Ikuti Social Media Kami

Jom support follow social media kami untuk mengetahui sebarang kemaskini dari MyBoom

Portal Sensasi & Hiburan Anda

Hakcipta Terpelihara © 2021. myboom.com.my