Artikel Terkini

Social Media Kami

Portal Sensasi & Hiburan Anda

Jumlah Pelawat

000452
Users Today : 1
Users This Month : 56
Users This Year : 374
Total Users : 452
Server Time : 2022-09-28

Lengkapkan set rutin senaman setiap pagi, badan akan cergas sepanjang hari

BAGI kebanyakan anda yang sebelum ini telah bekerja dari rumah selama kira-kira setahun lebih akibat wabak COVID-19, memasuki semula pejabat juga satu cabaran yang dirasakan.

Pernahkah anda merasa badan sangat penat dan kejung walaupun duduk di kerusi sahaja?

Itu bermakna badan anda kurang cergas dan kurang bersenam. Sebaiknya setiap pagi lakukanlah senaman paling kurang pun 20 minit sahaja.

Berikut beberapa set senaman yang mampu memberikan kecergasan fizikal untuk anda sepanjang hari.

JUMPING JACKS

Berdiri tegak dalam posisi kaki dijarakkan sedikit. Tangan diluruskan dan diletakkan di sisi tubuh.Lompat dan pastikan kaki dibuka luas. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas kepala seakan menepuk tangan.Ulang semula sebanyak 20 kali.

WALL SIT

Berdiri tegak dalam keadaan bersandar pada dindingTurunkan badan sehingga lutut membengkok (seakan duduk di atas kerusi). Kedua belah tangan diletakkan rapat di atas dada.Ulang semula sebanyak 20 kali.

ABDOMINAL CRUNCH

Baring dalam posisi kepala diangkat sedikit. Lutut diangkat dan dibengkokkan. Tangan diluruskan ke hadapan selari dengan paha.Angkat badan ke hadapan setinggi yang mampu dan lutut serta kaki tidak diubah posisi seperti asal. Ulang semula sebanyak 15 kali.

SQUAT

Berdiri tegak dan posisi tangan dirapatkan di sisi tubuh.Rendahkan badan (seakan posisi duduk di atas kerusi).Badan dibawa ke hadapan sedikit serta tangan diluruskan ke hadapan.Ulang semula sebanyak 10 kali.

HIGH KNEES RUNNING IN PLACE

Berdiri tegak dalam keadaan kaki dipijak secara menjengket. Lutut dibengkokkan dan paha diangkat separas pinggang.Ulang semula dengan kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 20 kali.

PUSH-UP ROTATION

Meniarap dalam posisi tekan tubi.Pusingkan badan ke kiri dalam posisi tangan kiri diluruskan sambil menanggung beban tubuh. Tangan kanan diluruskan ke atas.Ulang semula dalam posisi berlawanan. Lakukan sebanyak 5 kali.

Selamat mencuba dan teruskan mengamalkan SOP dengan baik!

Artikal Dari: Astro Awani

0 Comments

Apa komen anda ?

Artikel Terbaru

Jom Layan BoomCast Video

Kekal Kemas Kini Dengan Berita & Kemas Kini Terkini

BoomCast

Jom tonton BoomCast pengalaman-pengalaman artis / instafamous kegemaran anda

Dapatkan Artikel Terbaru

Anda akan mendapatkan notifikasi di pautan email anda jika terdapat artikel terbaru yang dimasukkan kedalam MyBoom

Ikuti Social Media Kami

Jom support follow social media kami untuk mengetahui sebarang kemaskini dari MyBoom

Portal Sensasi & Hiburan Anda

Hakcipta Terpelihara © 2021. myboom.com.my