Artikel Terkini

Social Media Kami

Portal Sensasi & Hiburan Anda

Jumlah Pelawat

000452
Users Today : 1
Users This Month : 56
Users This Year : 374
Total Users : 452
Server Time : 2022-09-28

Majlis Cecah RM7 Juta, Haqiem Rusli Sah Bergelar Suami Anis

Setelah lama menanti, akhirnya penyanyi Haqiem Rusli telah pun selamat disatukan dengan wanita pilihannya pada petang tadi.

Sebelum ini dirahsiakan, suri hati lelaki itu didedahkan sebagai Anis Sofea yang berusia 19 tahun dan merupakan rakan kongsi bersama untuk restoran Santhai Village.

Berlangsung ringkas di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, majlis berbahagia itu disaksikan oleh keluarga tercinta kedua mempelai serta kenalam rapat mereka.

Kongsi Haqiem selepas pernikahan itu selesai, Anis merupakan seseorang yang sangat sempurna di matanya dek sikap lemah lembut selain keterampilannya yang membuatkan hati terpaut.

Malah gadis itu turut berkongsi bahawa sikap bertanggungjawab dan bercita-cita tingga Haqiem membuatkan hatinya terikat untuk menerimanya sebagai pasangan.

Ketika majlis itu, penyanyi itu memberikan mas kahwin sebanyak RM300, selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada Anis.

Bagi majlis resepsi pula, pasangan merpati dua sejoli itu memilih lokasi Wedding in the Sky Raikan Cinta di Langit Asmara bertempat di SkyGlass Cyberjaya.

Untuk pengetahuan, mereka berdua menyarung busana yang direka khas oleh Rizman Ruzaini dan Razman Razmi selain perhiasan barangan kemas dan aksesori berlian yang ditaja Habib Jewels berjumlah RM5 juta.

Haqiem turut memberikan cincin berlian Hearts of Fire yang merupakan berlian terbaik dunia buat isteri tersayang. Mengikut anggaran, majlis perkahwinan Haqiem dan Anis mencapai lebih RM7 juta.

Sumber: BeautifulNara

0 Comments

Apa komen anda ?

Artikel Terbaru

Jom Layan BoomCast Video

Kekal Kemas Kini Dengan Berita & Kemas Kini Terkini

BoomCast

Jom tonton BoomCast pengalaman-pengalaman artis / instafamous kegemaran anda

Dapatkan Artikel Terbaru

Anda akan mendapatkan notifikasi di pautan email anda jika terdapat artikel terbaru yang dimasukkan kedalam MyBoom

Ikuti Social Media Kami

Jom support follow social media kami untuk mengetahui sebarang kemaskini dari MyBoom

Portal Sensasi & Hiburan Anda

Hakcipta Terpelihara © 2021. myboom.com.my