Artikel Terkini

Social Media Kami

Portal Sensasi & Hiburan Anda

Jumlah Pelawat

000877
Users Today : 1
Users This Month : 35
Users This Year : 308
Total Users : 877
Server Time : 2023-09-25

Netizen mendakwa Janna Nick beli undi punca meraih 86 juta undian

Kemenangan selebriti serba boleh, Janna Nick sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 malam tadi mengundang rasa tidak puas hati bagi segelintir warganet.

Mana tidaknya, pemilik nama Nurul Jannah Muner itu meraih sebanyak 86,374,777 undi iaitu lebih tinggi daripada populasi rakyat Malaysia yang berjumlah hampir 33 juta.

Meninjau ke laman Twitter, segelintir warganet sekali gus mempersoalkan sistem undian dikendalikan oleh pihak penganjur selain mendakwa serta mengaitkan kemenangan tersebut dengan ‘membeli’ undi.

Nampak sangat undi beli?

Beli undi, jaga periuk nasi?

Popular sebab benda ‘konyol’?

‘Confirm’ beli undi? Kontroversi je lebih

Kantoi beli undi untuk diri sendiri?

Kalah anugerah artis kat Korea Selatan…

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu menjelaskan serba sedikit mengenai sistem undian anugerah berprestij berkenaan yang menyatakan satu undi daripada peminat mewakili ratusan mata undian.

Malah menurut pengikut tegar ABPBH, tidak dinafikan setiap tahun pasti terdapat kemenangan yang dipertikaikan orang ramai padahal kelab peminat telah ‘berjuang’ siang dan malam untuk melihat artis kesayangan mereka meraih kejayaan.

Mohon selidik dulu sebelum tuduh

Cara undi calon top 5

Ada undi pukal?

Bukan berdasarkan populasi penduduk la

Peminat tahu apa yang dorang buat selama ni…

Acara yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) itu berlangsung dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh pihak kerajaan tanpa kehadiran penonton.

Sumber : ohmymedia

0 Comments

Apa komen anda ?

Artikel Terbaru

Jom Layan BoomCast Video

Kekal Kemas Kini Dengan Berita & Kemas Kini Terkini

BoomCast

Jom tonton BoomCast pengalaman-pengalaman artis / instafamous kegemaran anda

Dapatkan Artikel Terbaru

Anda akan mendapatkan notifikasi di pautan email anda jika terdapat artikel terbaru yang dimasukkan kedalam MyBoom

Ikuti Social Media Kami

Jom support follow social media kami untuk mengetahui sebarang kemaskini dari MyBoom

Portal Sensasi & Hiburan Anda

Hakcipta Terpelihara © 2021. myboom.com.my