Penyanyi terkenal antarabangsa, Pink menerusi akaun rasmi Twitter miliknya menyiarkan satu ciapan meminta pertolongan pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo bagi mendapatkan jersi yang akan dihadiahkan kepada kanak-kanak bertuah.

Penyanyi terkenal tersebut memutuskan untuk memenuhi impian dua orang kanak-kanak ketika sambutan Krismas tahun ini dengan menaja mereka, dia turut berharap pemilik jersi nombor 7 itu dapat membantu merealisasikan impiannya itu.
Pink turut menyatakan bahawa kanak-kanak tersebut tidak mahukan hadiah yang lain selain jersi pemain bola sepak terkenal itu. Malah ianya sudah mencukupi dan mampu mengubah hidup kanak-kanak berkenaan.

Beberapa jam selepas pelantun lagu So What itu menyuarakan bantuannya melalui akaun rasmi Twitternya, Cristiano Ronaldo atau lebih dikenali sebagai CR membalas mesej tersebut dengan bersetuju untuk memberinya beberapa helai baju kepada kanak-kanak itu.
Pemain bola sepak itu juga menyatakan dia berasa gembira untuk membantu dan akan menandatangani jersi tersebut untuk diberikan kepada mereka. Dia turut mengucapkan tahniah kepada Pink, kerana menunaikan impian kanak-kanak itu.
Sumber: OhBulan
0 Comments